" BERSAMA MENUJU JAYA "...

Isnin, 30 November 2015

#BBM3421 : ANAK-ANAK SYURGA....

       Hari ini... aku nak bercerita sedikit tentang anak-anak buahku.. Maklumlah.. i'm single already... Melihat seorang demi seorang anak-anak buahku lahir dan semakin membesar membuatkan keluargaku semakin meriah.. 

Azwa - Umar -  Aqy - Zara merupakan anak saudaraku daripada kakakku.
Lisa dan Syafa merupakan anak saudaraku daripada adik lelaki yang kedua.
Hadif - Hafidh dan Hayyan pula merupakan anak saudaraku daripada adik lelakiku yang pertama.
Syafiqah pula merupakan anak saudaraku daripada adik perempuanku yang pertama.

       Kebahagiaan yang dirasai sedikit demi sedikit membuatkan aku bersyukur dan percaya setiap dugaan dan ujian yang dihamparkan Allah adalah untuk menjadikan kami hamba-hamba-Nya yang lemah ini menyedari betapa nikmatnya kebahagiaan dalam hidup yang dicari dalam erti kata sebenarnya..

        "Untuk anak-anak buah Mak Ngah yang sangat disayangi.. 
tiada yang lebih berharga untuk Mak Ngah berikan melainkan doa dan siraman kasih sayang buat kamu semua. Sesungguhnya .. kehadiran kamu semua dalam tempoh kehidupan ini, amat-amat memberikan sejuta makna kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
        Apa yang diharapkan dan didoakan agar kamu semua menjadi anak-anak yang berakhlak, beriman, mentaati orang tua dan terutamanya mentaati Allah Yang Maha Esa. 
         Mak Ngah sangat menyayangi kamu semua...." 

 Hafidh dan Hadif


                                                  Zara

                                                Syafiqah

Hayyan

Umar , Azwa , Aqy dan Zara 

Aqy 

Syafa dan Lisa   

 
Semoga anak-anak syurga ini menjadi insan yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti..... Aminnn...
 


Ahad, 29 November 2015

BBM3412 : SIKAP KITA, JATI DIRI KITA....


         Hari ini merupakan hari yang paling sibuk kerana hari pertama aku memulakan tugasku sebagai pengawas SDKA 2015. Dalam menjalankan amanah yang diberi, seharusnya kejujuran dan saling bertimbangrasa itu perlu dipraktikkan. Aku bersyukur kerana diberi layanan yang baik oleh tuan rumah. Kemesraan, saling berkongsi pengalaman kerja masing-masing, mengimbau sedikit memori bersama suatu ketika dahulu tatkala bertugas bersama seolah-olah menjadikanku seperti masih menjadi ahli keluarga sendiri walhal aku telah lama meninggalkan sekolah ini.
        Terima kasih Ustazah Ramlah yang ku gelar ibu.... terima ustazah Fatimah yang melayaniku seolah-olah aku seorang adik baginya...
Semoga sekolah ini dan warganya terus cemerlang di masa akan datang.... 



Tugasan #BBM3412 : LAGUKU UNTUKMU....

Tugasan BBM 3412 : Lagu dalam Facebook
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan
Prof. Madya Dr. Normaliza bt. Abd. Rahim

Nama         : Norhamidah binti Ahmad
No. Matrik : J 42992

Lagu

Dalam lagu ada cerita...
Dalam lagu ada nasihat..
Dalam lagu ada mesej yang mahu disampaikan...
Dalam lagu juga... hasrat hati dapat dinyatakan tanpa mempamerkan secara terangan.....
Aku sendiri gemar menyampaikan hasrat hati melalui lagu...
Errrmmmm...

Sayangku..... Apa guna berjanji.....?









Apa kata kita dengar lagu ini ....



Kemudian. dipaparkan komen saya dalam lagu kawan-kawan saya.

Aishah Mohideen




Nurul Fezza Abdullah Hashim 




Kamsiah Jaffar



Rafedah Ahmad




Mapazah Abdul Rahman







Tugasan #BBM3412 : PANTUN itu Indah.....

Tugasan BBM 3412 : Mencipta pantun 
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan

Nama         : Norhamidah binti Ahmad
No. Matrik : J 42992

Beberapa hari sibuk berpantun... rupanya ramai rakanku yang hebat berpantun...Aku juga suka berpantun.. namun, sehabat manakah diriku ini?..HEmmmm...

          Pokok jati dilingkar seruntun,
          berbelit-belit dengan rantingnya,
          Tatkala ini kubentang pantun,
           Bacalah sayang renunglah ertinya..

Mari lihat, penghasilan pantunku dan rakan-rakanku dalam facebook...
Pantunku yang pertama.....



Pantunku yang kedua....






Pantunku yang ketiga....




Balasan pantunku pada yang lain.....

Pantun Nurhaya Masti



 

Pantun Kamsiah Jaffar




Pantun Samsiah Jaffar




Pantun Leela Devi




Pantun Norazizah Mahamed




 Semoga menyukainya.....


Jumaat, 27 November 2015

BBM 3412 : KESUKARAN itu SATU KEMANISAN...

 HARI PERTAMA....
        Hari ini... aku berusaha untuk mengingat kembali cara membina blogku sendiri. Rasa putus asa pun ada sebab aku memang mempunyai satu blog lain... Tetapi aku gagal untuk membuat suntingan dalam blog itu. Aku rasa sangat "penat" untuk menembusinya. Akhirnya .. aku akui inilah kelemahanku. Aku lambat dalam menguasai sesuatu ilmu IT walaupun aku pernah diberikan didikan tentangnya satu ketika dahulu. Tentu Dr. SUMILAH MARTO kecewa jika dia tahu anak didiknya ini gagal lagi dalam menyelenggara sebuah blog. Namun... aku tahu, aku tak boleh rasa putus asa... perlu mencuba dan terus mencuba agar sesuatu yang diingini itu boleh dicapai... Macam lagu kat bawah ni .... harap aku mampu mencapai bintang dilangit.. tapi.. hajat hati cuma nak memegang segulung skrol je.. buat masa ni...