#BBM3412: Blog Cik Miedah

" BERSAMA MENUJU JAYA "...

Sabtu, 5 Disember 2015

Tugasan #BBM 3412 : TWITTER.

Tugasan BBM3412 : Kata Hikmah dalam Twitter.
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan
Prof. Madya Dr. Normaliza bt. Abd. Rahim.

Nama        : Norhamidah binti Ahmad
No Matrik : J 42992

Pengertian twitter.
    Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks sekurang-kurangnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower). Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan, ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran telekom.

Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.

Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey, Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS untuk Internet"[3] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Untuk tugasan ini, saya telah diminta untuk menerbit lima kata-kata hikmah yang saya karang sendiri. Sebenarnya .. pada pendapat saya, kata -kata hikmah ini sangat banyak. Namun, apa yang lebih penting kata - kata hikmah tersebut mampu menjadi pendorong motivasi kepada sesiapa juga pembacanya secara tidak formal.

Berikut adalah paparan twet saya di laman sosial twitter.

Paparan nama saya.


 Paparan twet yang saya paparkan pada hari-hari yang berlainan.

Hari pertama ( 28 November 2015 ).



 Hari kedua ( 1 Disember 2015 )



Hari ketiga ( 4 Disember 2015 )

Hari keempat ( 5 Disember 2015)


 Hari kelima ( 6 Disember 2015 )






Tugasan # BBM 3412 : Video One-Shot

Tugasan BBM 3412 : Merakam One-Shot Video Lagu Melayu
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan
Prof. Madya Dr. Normaliza bt. Abd. Rahim.

Nama         : Norhamidah binti Ahmad
No. Matrik : J 42992

      Pada mulanya, saya sendiri tidak memahami apa itu one-shot. Setelah penerangan diberi oleh pensyarah saya, barulah saya memahami bentuk rakaman video ini. Entry kali ini saya akan ceritakan mengenai  tugasan-tugasan yang telah saya buat untuk subjek BBM3412 :  Kesusasteraan Dalam Teknologi Maklumat. Untuk subjek ini, saya telah mewujudkan sebuah syarikat produksi yang diberi nama AQYZaRaa  Production yang mana ia telah berjaya menerbitkan sebuat video yang menggunakan teknik one shot video.

       Apa itu one shot video? One shot video ni bererti video tersebut harus dirakam dari awal hingga akhir tanpa berhenti sebentar atau tanpa diedit di tengah  rakaman video tersebut.

       Lagu yang kami pilih ialah Joget Malam Berinai oleh Sanisah Huri. Pembikinan video ini kami lakukan di sebuah rumah seorang penduduk Kampung Tandung, Buloh Kasap Segamat. En. Mohd Faizee dan isterinya Puan Norzalina Ahmad pemiliknya. Alhamdulillah.. tuan rumah sangat berbaik hati untuk membenarkan produksi saya membuat pengambaran di dalam rumahnya. Lagipun, masa yang kami pilih pun waktu malam jadi memang patutlah buat rakaman dalam rumah.
 
Diari kerja dan cabaran yang dihadapi.

28 Nov 2015 :Masa semakin suntuk. belum buat papan lakar lagi untuk buat lakonan dalam video tu.

30 Nov 2015 : Berbincang dengan pengarah tentang pemilihan lagu dan reka bentuk perjalanan video yang sesuai dengan lagu. Setelah 2 jam memilih lagu, maka pengarah memilih lagu Joget Malam Berinai. ( dia kata sedap lagu tu.. )

3 Dis 2015 : Buat temujanji dengan penari jemputan dan semua tenaga produksi tentang jadual pengambaran tepat jam 3.00 petang. Tetapi, editor lambat datang sebab ada kecemasan. Kesian... tenaga produksi dan penari-penari tertidur kerana keletihan menunggu. Maklumlah, editor tiba jam 4.30 petang.
Jam 6.00 petang - semua penari, penyanyi utama dan tenaga produksi bersedia untuk menjalankan rakaman pertama.
Rakaman dibuat sebanyak 7 kali kerana berbagai masalah yang berlaku semasa rakaman dijalankan. Ada bunyi nangis bayi, penari menyanyi lagu " kompang dipalu", kain samping nak terlucut, pelakon tetiba sakit pinggang. Namun, akhirnya... rakaman ketujuh siap pada jam 8.30 malam.

4 Dis 2015 : Tugas editor pulak yang akan memasukkan segala butiran dalam rakaman yang telah dihasilkan. Rakaman itu tidak boleh diedit sama sekali, cuma mahu memasukkan nama syarikat, nama lagu, muzik latar dan barisan tenaga produksi.
Tiba-tiba... laptop editor tak boleh baca rakaman video yang dihasilkan. Rupa-rupanya format mp4. Jadi, inisiatif yang ada  adalah menggunakan laptop tuan rumah dan yang lebih "menarik" lagi, movie maker software pula adalah vegas. Errmmm.. terkial-kial jugaklah editor nak masukkan apa yang perlu.

5 Dis 2015 : Suntingan video siap tapi macam mana nak simpan? aduh.. penyunting dah pening kepala sebab kurang ilmu it dalam hal-hal editor. Jadi, video hanya boleh simpan pada jam 5.30 petang ( sebab menunggu pro-editor balik dari kerja )..
Tinggal nak tukar format daripada vegas kepada format yang boleh dibaca oleh laptop biasa dan youtube.

Penyunting telah melakukan tawaf sebanyak 4 kali di seluruh daerah Segamat untuk menukar format sahaja. Akhirnya, berjumpa dengan seorang rakan lama yang sudi membantu tetapi masalah baru timbul apabila ketiadaan software yang diperlukan.
Mahu tak mahu, penat tak penat, penyunting terpaksa membuat kerja-kerja suntingan semula dan ia telah mengambil masa selama 3 jam dan akhirnya video one-shot berjaya di muat naik ke you tube pada jam 12.30 malam.

Oleh itu, kami persembahkan hasil video one-shot " Joget Malam Berinai" untuk tontonan semua.. Selamat berhibur dan semoga berpuas hati....




#BBM 3412 : KUCING... oo.. CIK MEOW.

Kucing.  
    Saya pasti ramai yang mengenali dan menyayangi haiwan ini. Saya juga menyukainya. Tetapi sebelum itu, mari kita baca sikit info ilmiah mengenai haiwan kesayangan ramai ini.

Sejarah Islam tentang kucing.
    Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.



Muezz Kesayangan Rasulullah

     Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.

    Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.

    Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.


    Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini.
    Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.


     Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Kisah keluargaku dan kucing.
      Demikianlah serba sedikit info ilmiah tentang haiwan ini. tetapi hari ini nak bercerita tentang kucing peliharaan keluargaku. Abah dan mama memang menyukai kucing. namun, sejak 4 tahun lepas, mereka berdua mulai menggemari hobi membela kucing di rumah. Aku mengagak berkemungkinan ketiadaan ramai anak-anak di rumah menyebabkan abah dan mama mempunyai minat ini.

    Dalam keluarga kami, ada seekor kucing pada asalnya. Namun begitu, kucing tersebut telah membiakkan bakanya daripada hanya seekor kepada 4 ekor kucing. Alhamdulillah... kesemua kucing itu masih hidup sehingga kini. 
     Jadi... setiap kami semua balik ke kampung, "anak-anak" angkat Abah dan mama inilah mainan kami. Malahan, kucing ini sangat jinak dengan anak-anak saudaraku yang masih kecil. Ermmm... jangan tak tahu ye.. kucing-kucing ini semuanya terlatih. Pelatihnya mamalah... Mana taknya, aku sendiri kagum dengan cara mama "mengajar" kucing-kucing ini kerana ia semua makan di dulang, minum di mangkuk, berak di bilik air dan tidur di dapur. Kekadang je Abah akan ajak salah seekor daripadanya tidur di bilik. Jadi, tidak hairanlah, Cat mendapat layanan istimewa daripada Abah iaitu tidur di atas tilam. Heheheheheh...

Chara 
 Tuah

Sebenarnya keempat-empat warna bulu kucing ini sama je. Tapi setelah diteliti, ada sedikit perbezaan yang kami nampak. Bagi Chara dan Tuah, bezanya Chara mempunyai bulu kucing berwarna kuning (walaupun tak terserlah pun warna bulunya tu pun... ). Manakala Tuah pulak, mempunyai bulu berwaena hitam bergaris. ( tapi bukan kuda belang na... )

Ara

Goddy
Berbeza antara Ara dan Goddy. Warna bulu keduanya sangat sama sehingga nampak macam kembar. Tetapi, semakin besar kedua-dua ekor kucing ini mula menampakkan perbezaan iaitu Ara mempunyai ekor yang agak kembang seperti kucing parsi. Dan Goddy mirip kepada baka kucing kampung.
      Beberapa hari yang lalu, Ibu kucing kepada Goddy, Ara, Tuah  dan Chara yang bernama Cat telah melahirkan beberapa ekor anak kucing lagi. Errrrmmmmm... nak tahu berapa ekor? Sekali beranak 6 ekor keluar dari perutnya. Alahai... bertambahlah "anak angkat" abahku...
 Cat 
(selepas sehari beranak)
Peringatan dari Cat!!
(Jangan tengok jika anda membayangkannya)




#BBM3412 : PAPARAN DI INSTAGRAM

Tugasan#BBM3412 : Komen rakan-rakan 
terhadap paparan saya di instagram.

Nama        : Norhamidah binti Ahmad
No Matrik : J 42992

Setelah berhari-hari menyiapkan tugasan ini, di bawah ini saya memilih beberapa paparan beserta komen yang diberikan oleh rakan-rakan saya..

Antara paparan saya di instagram:



Paparan pertama.



Komen salah seorang rakan saya..



Paparan kedua.



Komen rakan saya...




Paparan ketiga.
 


Komen rakan saya...



Paparan keempat.



Komen rakan saya..



Paparan kelima



Komen rakan saya..




Komen-komen yang saya tinggalkan dalam paparan sebahagian rakan-rakan saya.












Titipan kasih buat mereka yang baik hatinya...

      Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan baik di UPM Serdang dan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Segamat, Johor di atas kesudian membaca dan menuturkan komen-komen yang membina terhadap paparan saya.
     Semoga paparan ini menepati kehendak pensyarah dan mengikut arahan yang diberi.

Sekian... terima kasih...




Tugasan #BBM 3412 : INSTAGRAM saya....

Tugasan #BBM3412 : Membina Instagram.
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan.
Profesor Madya Dr. Normaliza binti Abd. Rahim

Nama        : Norhamidah binti Ahmad
No Matrik : J 42992

Apa itu Instagram?

Instagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.[4] Satu fitur yang unik di Instagram adalah memotong foto menjadi bentuk persegi, sehingga terlihat seperti hasil kamera Kodak Instamatic dan polaroid. Hal ini berbeda dengan rasio aspek 4:3 yang umum digunakan oleh kamera pada peranti bergerak.

Instagram dapat digunakan di iPhone, iPad atau iPod Touch versi apapun dengan sistem operasi iOS 7.0 atau yang terbaru,[1] telepon genggam Android apapun dengan sistem operasi versi 2.2 (Froyo) ke atas, dan Windows Phone 8.[2] Aplikasi ini dapat diunggah melalui Apple App Store dan Google Play
(sumber Wikipedia Bahasa Indonesia)

Alhamdulillah.... selesai juga saya menyiapkan tugasan yang diberi. Sebelum itu, saya bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana Dr. Normaliza menyukai paparan saya.




 

Khamis, 3 Disember 2015

#BBM 3421 : CENDAWAN TANDAN..

Cendawan....
     Tentunya ramai yang tahu tentang cendawan. Saya juga tidak nafikan ramai yang suka makan cendawan termasuklah saya. Ada berbagai jenis cendawan dalam kehidupan kita. Ada cendawan butang, cendawan tanah, cendawan tiram kelabu, cendawan lingzhi, cendawan kukur, cendawan jarum emas dan lain-lain lagi. Tapi, pada hari ini nak cerita tentang sejenis cendawan ini iaitu
TIRAM KELABU

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
TIRAM KELABU

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
TIRAM KELABU
  1. Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

CENDAWAN TANDAN.

       Asalnya, saya ni bukanlah tahu makan cendawan ni sejak kecil. Saya mengenali cendawan ni sejak tahun lepas (2014). Ada seorang kawan perkenalkan saya dengan cendawan ni. Semasa kali pertama mengenalinya dan menyiangnya, saya tak tahan dengan baunya. Tapi, saya kata, "ini bau pokok kelapa sawitla..." Jadi, hidung saya jadi ok dengan bau tersebut.
Pertama kali memasaknya, saya masak cendawan ini dengan masakan tumis air. Saya cuba makan dan wah.... sedaplah..Saya suka rasa kuahnya dan kekenyalan batang cendawan ini sedikit demi sedikit. Tetapi, saya yakin ramai yang akan "kalah" dengan baunya. Tapi, percayalah.... apabila kita memakannya, bau itu boleh "dilupakan" dek rasa enak kuahnya dan kekenyalan batang cendawan tersebut.




     Ada sesetengah dalam kalangan kawan saya memanggilnya cendawan tanah. Saya rasa setiap orang yang mengenali cendawan ini, tentu memanggilnya dengan nama yang tersendiri. Pada saya pula, saya diperkenalkan dengan nama cendawan tandan, maka cendawan tandanlah yang saya sebut.. Hidupnya yang banyak menumpang pada tandan-tandan sawit yang telah dikait, sebab itulah ia mendapat namanya..

Tetapi awas......

     cendawan tandan yang tampak kemerahan dalamnya tidak boleh dimakan ye.. bahaya..
Hari ini dapat makan sebenarnya cendawan ni.. tapi minta maaflah.. saya tak mahulah post gambarnya. nanti ada yang terngiur,  saya yang pening. nak menghantarnya pulak... hehehheh.. lawak na..






Isnin, 30 November 2015

#BBM3421 : ANAK-ANAK SYURGA....

       Hari ini... aku nak bercerita sedikit tentang anak-anak buahku.. Maklumlah.. i'm single already... Melihat seorang demi seorang anak-anak buahku lahir dan semakin membesar membuatkan keluargaku semakin meriah.. 

Azwa - Umar -  Aqy - Zara merupakan anak saudaraku daripada kakakku.
Lisa dan Syafa merupakan anak saudaraku daripada adik lelaki yang kedua.
Hadif - Hafidh dan Hayyan pula merupakan anak saudaraku daripada adik lelakiku yang pertama.
Syafiqah pula merupakan anak saudaraku daripada adik perempuanku yang pertama.

       Kebahagiaan yang dirasai sedikit demi sedikit membuatkan aku bersyukur dan percaya setiap dugaan dan ujian yang dihamparkan Allah adalah untuk menjadikan kami hamba-hamba-Nya yang lemah ini menyedari betapa nikmatnya kebahagiaan dalam hidup yang dicari dalam erti kata sebenarnya..

        "Untuk anak-anak buah Mak Ngah yang sangat disayangi.. 
tiada yang lebih berharga untuk Mak Ngah berikan melainkan doa dan siraman kasih sayang buat kamu semua. Sesungguhnya .. kehadiran kamu semua dalam tempoh kehidupan ini, amat-amat memberikan sejuta makna kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
        Apa yang diharapkan dan didoakan agar kamu semua menjadi anak-anak yang berakhlak, beriman, mentaati orang tua dan terutamanya mentaati Allah Yang Maha Esa. 
         Mak Ngah sangat menyayangi kamu semua...." 

 Hafidh dan Hadif


                                                  Zara

                                                Syafiqah

Hayyan

Umar , Azwa , Aqy dan Zara 

Aqy 

Syafa dan Lisa   

 
Semoga anak-anak syurga ini menjadi insan yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti..... Aminnn...