Cendawan....
Tentunya ramai yang tahu tentang cendawan. Saya juga tidak nafikan ramai yang suka makan cendawan termasuklah saya. Ada berbagai jenis cendawan dalam kehidupan kita. Ada cendawan butang, cendawan tanah, cendawan tiram kelabu, cendawan lingzhi, cendawan kukur, cendawan jarum emas dan lain-lain lagi. Tapi, pada hari ini nak cerita tentang sejenis cendawan ini iaitu
CENDAWAN TANDAN.
Asalnya, saya ni bukanlah tahu makan cendawan ni sejak kecil. Saya mengenali cendawan ni sejak tahun lepas (2014). Ada seorang kawan perkenalkan saya dengan cendawan ni. Semasa kali pertama mengenalinya dan menyiangnya, saya tak tahan dengan baunya. Tapi, saya kata, "ini bau pokok kelapa sawitla..." Jadi, hidung saya jadi ok dengan bau tersebut.
Pertama kali memasaknya, saya masak cendawan ini dengan masakan tumis air. Saya cuba makan dan wah.... sedaplah..Saya suka rasa kuahnya dan kekenyalan batang cendawan ini sedikit demi sedikit. Tetapi, saya yakin ramai yang akan "kalah" dengan baunya. Tapi, percayalah.... apabila kita memakannya, bau itu boleh "dilupakan" dek rasa enak kuahnya dan kekenyalan batang cendawan tersebut.
Ada sesetengah dalam kalangan kawan saya memanggilnya cendawan tanah. Saya rasa setiap orang yang mengenali cendawan ini, tentu memanggilnya dengan nama yang tersendiri. Pada saya pula, saya diperkenalkan dengan nama cendawan tandan, maka cendawan tandanlah yang saya sebut.. Hidupnya yang banyak menumpang pada tandan-tandan sawit yang telah dikait, sebab itulah ia mendapat namanya..
Tetapi awas......
cendawan tandan yang tampak kemerahan dalamnya tidak boleh dimakan ye.. bahaya..
Hari ini dapat makan sebenarnya cendawan ni.. tapi minta maaflah.. saya tak mahulah post gambarnya. nanti ada yang terngiur, saya yang pening. nak menghantarnya pulak... hehehheh.. lawak na..
Sedap tu..buat masak simple2 je pn sedap
BalasPadammemang sedap.. saya suka makan.. walaupun kata macam beracun..
BalasPadam