" BERSAMA MENUJU JAYA "...

Sabtu, 5 Disember 2015

Tugasan # BBM 3412 : Video One-Shot

Tugasan BBM 3412 : Merakam One-Shot Video Lagu Melayu
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan
Prof. Madya Dr. Normaliza bt. Abd. Rahim.

Nama         : Norhamidah binti Ahmad
No. Matrik : J 42992

      Pada mulanya, saya sendiri tidak memahami apa itu one-shot. Setelah penerangan diberi oleh pensyarah saya, barulah saya memahami bentuk rakaman video ini. Entry kali ini saya akan ceritakan mengenai  tugasan-tugasan yang telah saya buat untuk subjek BBM3412 :  Kesusasteraan Dalam Teknologi Maklumat. Untuk subjek ini, saya telah mewujudkan sebuah syarikat produksi yang diberi nama AQYZaRaa  Production yang mana ia telah berjaya menerbitkan sebuat video yang menggunakan teknik one shot video.

       Apa itu one shot video? One shot video ni bererti video tersebut harus dirakam dari awal hingga akhir tanpa berhenti sebentar atau tanpa diedit di tengah  rakaman video tersebut.

       Lagu yang kami pilih ialah Joget Malam Berinai oleh Sanisah Huri. Pembikinan video ini kami lakukan di sebuah rumah seorang penduduk Kampung Tandung, Buloh Kasap Segamat. En. Mohd Faizee dan isterinya Puan Norzalina Ahmad pemiliknya. Alhamdulillah.. tuan rumah sangat berbaik hati untuk membenarkan produksi saya membuat pengambaran di dalam rumahnya. Lagipun, masa yang kami pilih pun waktu malam jadi memang patutlah buat rakaman dalam rumah.
 
Diari kerja dan cabaran yang dihadapi.

28 Nov 2015 :Masa semakin suntuk. belum buat papan lakar lagi untuk buat lakonan dalam video tu.

30 Nov 2015 : Berbincang dengan pengarah tentang pemilihan lagu dan reka bentuk perjalanan video yang sesuai dengan lagu. Setelah 2 jam memilih lagu, maka pengarah memilih lagu Joget Malam Berinai. ( dia kata sedap lagu tu.. )

3 Dis 2015 : Buat temujanji dengan penari jemputan dan semua tenaga produksi tentang jadual pengambaran tepat jam 3.00 petang. Tetapi, editor lambat datang sebab ada kecemasan. Kesian... tenaga produksi dan penari-penari tertidur kerana keletihan menunggu. Maklumlah, editor tiba jam 4.30 petang.
Jam 6.00 petang - semua penari, penyanyi utama dan tenaga produksi bersedia untuk menjalankan rakaman pertama.
Rakaman dibuat sebanyak 7 kali kerana berbagai masalah yang berlaku semasa rakaman dijalankan. Ada bunyi nangis bayi, penari menyanyi lagu " kompang dipalu", kain samping nak terlucut, pelakon tetiba sakit pinggang. Namun, akhirnya... rakaman ketujuh siap pada jam 8.30 malam.

4 Dis 2015 : Tugas editor pulak yang akan memasukkan segala butiran dalam rakaman yang telah dihasilkan. Rakaman itu tidak boleh diedit sama sekali, cuma mahu memasukkan nama syarikat, nama lagu, muzik latar dan barisan tenaga produksi.
Tiba-tiba... laptop editor tak boleh baca rakaman video yang dihasilkan. Rupa-rupanya format mp4. Jadi, inisiatif yang ada  adalah menggunakan laptop tuan rumah dan yang lebih "menarik" lagi, movie maker software pula adalah vegas. Errmmm.. terkial-kial jugaklah editor nak masukkan apa yang perlu.

5 Dis 2015 : Suntingan video siap tapi macam mana nak simpan? aduh.. penyunting dah pening kepala sebab kurang ilmu it dalam hal-hal editor. Jadi, video hanya boleh simpan pada jam 5.30 petang ( sebab menunggu pro-editor balik dari kerja )..
Tinggal nak tukar format daripada vegas kepada format yang boleh dibaca oleh laptop biasa dan youtube.

Penyunting telah melakukan tawaf sebanyak 4 kali di seluruh daerah Segamat untuk menukar format sahaja. Akhirnya, berjumpa dengan seorang rakan lama yang sudi membantu tetapi masalah baru timbul apabila ketiadaan software yang diperlukan.
Mahu tak mahu, penat tak penat, penyunting terpaksa membuat kerja-kerja suntingan semula dan ia telah mengambil masa selama 3 jam dan akhirnya video one-shot berjaya di muat naik ke you tube pada jam 12.30 malam.

Oleh itu, kami persembahkan hasil video one-shot " Joget Malam Berinai" untuk tontonan semua.. Selamat berhibur dan semoga berpuas hati....




1 ulasan:

  1. Pengalaman mengajar kita erti kesabaran, ketabahan dan bakal membuahkan hasil yang baik, berkat dari usaha tanpa jemu.

    BalasPadam