Tugasan BBM3412 : Kata Hikmah dalam Twitter.
Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan
Prof. Madya Dr. Normaliza bt. Abd. Rahim.
Nama : Norhamidah binti Ahmad
No Matrik : J 42992
Pengertian twitter.
Twitter adalah perkhidmatan rangkaian sosial dan micro-blogging yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca mesej yang dipanggil tweet, iaitu pesanan teks sekurang-kurangnya 140 aksara yang dipaparkan dalam halaman profil penulisnya dan diutuskan kepada para pelanggan penulis yang dikenali sebagai "pengikut" (follower).
Penghantar boleh mengehadkan utusan kepada lingkungan rakan-rakan,
ataupun membenarkan capaian terbuka kepada semua pengguna web. Pengguna
boleh menghantar dan menerima tweet melalui laman web Twitter, SMS
atau mana-mana aplikasi luaran. Sungguhpun perkhidmatan Twitter sendiri
adalah percuma, penggunaaannya melalui SMS boleh dikenakan yuran
telekom.
Asalnya, had kepanjangan mesej 140 aksara ditetapkan agar serasi
dengan penghantaran SMS, justeru menimbulkan kehadiran bermacam-macam
bentuk trengkas dan slanga yang digunakan dalam SMS, di dalam Internet. Had 140 aksara ini juga melahirkan penggunaan khidmat-khidmat peringkasan URL seperti tinyurl, bit.ly dan tr.im, dan juga khidmat pengehosan kandungan seperti Twitpic dan NotePub untuk menampung kandungan multimedia dan teks yang mencecah 140 aksara.
Semenjak dilahirkan pada tahun 2006 oleh Jack Dorsey,
Twitter makin hari makin laris digunakan dan tinggi pentingnya bagi
para pengguna Internet. Adakalanya, Twitter disifatkan sebagai "SMS
untuk Internet"[3] kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.
Untuk tugasan ini, saya telah diminta untuk menerbit lima kata-kata hikmah yang saya karang sendiri. Sebenarnya .. pada pendapat saya, kata -kata hikmah ini sangat banyak. Namun, apa yang lebih penting kata - kata hikmah tersebut mampu menjadi pendorong motivasi kepada sesiapa juga pembacanya secara tidak formal.
Berikut adalah paparan twet saya di laman sosial twitter.
Paparan nama saya.
Hari pertama ( 28 November 2015 ).
Hari kedua ( 1 Disember 2015 )
Hari ketiga ( 4 Disember 2015 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan