Hari ini... aku nak bercerita sedikit tentang anak-anak buahku.. Maklumlah.. i'm single already... Melihat seorang demi seorang anak-anak buahku lahir dan semakin membesar membuatkan keluargaku semakin meriah..
Azwa - Umar - Aqy - Zara merupakan anak saudaraku daripada kakakku.
Lisa dan Syafa merupakan anak saudaraku daripada adik lelaki yang kedua.
Hadif - Hafidh dan Hayyan pula merupakan anak saudaraku daripada adik lelakiku yang pertama.
Syafiqah pula merupakan anak saudaraku daripada adik perempuanku yang pertama.
Kebahagiaan yang dirasai sedikit demi sedikit membuatkan aku bersyukur dan percaya setiap dugaan dan ujian yang dihamparkan Allah adalah untuk menjadikan kami hamba-hamba-Nya yang lemah ini menyedari betapa nikmatnya kebahagiaan dalam hidup yang dicari dalam erti kata sebenarnya..
"Untuk anak-anak buah Mak Ngah yang sangat disayangi..
tiada yang lebih berharga untuk Mak Ngah berikan melainkan doa dan siraman kasih sayang buat kamu semua. Sesungguhnya .. kehadiran kamu semua dalam tempoh kehidupan ini, amat-amat memberikan sejuta makna kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Apa yang diharapkan dan didoakan agar kamu semua menjadi anak-anak yang berakhlak, beriman, mentaati orang tua dan terutamanya mentaati Allah Yang Maha Esa.
Mak Ngah sangat menyayangi kamu semua...."
Hafidh dan Hadif
Zara
Syafiqah
Hayyan
Umar , Azwa , Aqy dan Zara
Aqy
Syafa dan Lisa
Semoga anak-anak syurga ini menjadi insan yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti..... Aminnn...
Anak-anak yang comel... Semoga kalian menjadi penawar dan buah hati keluarga yang cemerlang di dunia dan akhirat, amin...
BalasPadamAnak-anak adalah anugerah terindah daripada-Nya.
BalasPadamJagalah, didiklah mereka dengan didikan Islam seluhurnya kerana anak-anak ini lahir seperti kain putih yang suci. Kitalah yang mencorakkannya untuk kembali kepada fitrah agama.
terima kasih kak kila... terima kasih kak haya... semoga doa kalian dimakbulkan Allah
BalasPadam