" BERSAMA MENUJU JAYA "...

Ahad, 29 November 2015

BBM3412 : SIKAP KITA, JATI DIRI KITA....


         Hari ini merupakan hari yang paling sibuk kerana hari pertama aku memulakan tugasku sebagai pengawas SDKA 2015. Dalam menjalankan amanah yang diberi, seharusnya kejujuran dan saling bertimbangrasa itu perlu dipraktikkan. Aku bersyukur kerana diberi layanan yang baik oleh tuan rumah. Kemesraan, saling berkongsi pengalaman kerja masing-masing, mengimbau sedikit memori bersama suatu ketika dahulu tatkala bertugas bersama seolah-olah menjadikanku seperti masih menjadi ahli keluarga sendiri walhal aku telah lama meninggalkan sekolah ini.
        Terima kasih Ustazah Ramlah yang ku gelar ibu.... terima ustazah Fatimah yang melayaniku seolah-olah aku seorang adik baginya...
Semoga sekolah ini dan warganya terus cemerlang di masa akan datang.... 



3 ulasan:

  1. Tahniah Cikgu Norhamidah. Semoga menjadi seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai jati diri yang mantap

    BalasPadam
  2. Profesion perguruan adalah satu profèsion yang sangat mulia dan amat penting dalam proses pembangunan bangsa masyarakat dan negara.
    Tahniah cikgu norhamidah terpilih menjadi guru.
    Semoga cikgu hamidah terus cemerlang dimasa akan datang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Cikgu Shakilla..
    Terima kasih Cikgu Kamsiah..
    Semoga saya mampu dan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa

    BalasPadam